Ahad, 25 November 2012

BURUNG COCKATIEL

BURUNG COCKATIEL

Cockatiel (Nymphicus hollandicus), juga dikenali sebagai Quarrion dan Weiro merupakan spesis burung kakaktua kecil ekor-panjang yang berasal dari Australia. Ia telah dibela sebagai haiwan peliharaan lebih daripada 160 tahun, semenjak burung pertama dibawa daripada Britain dan menduduki tempat kedua dari segi populariti di belakang Budgerigar.
Cockatiel adalah satu-satunya ahli di dalam genus Nymphicus. Ia dahulunya dianggap sebagai burung kakaktua kecil atau nuri berjambul; walaubagaimanapun kajian terkini Cockatiel diletakkan di bawah sub keluarga kakaktua Calyptorhynchinae (biasanya dikenali sebagai Kakaktua Gelap). Oleh itu, ia kini dikelaskan sebagai Cacatuidae terkecil. Cockatiel adalah burung asal dari wilayah pedalaman di tanah besar.
Cockatiel berukuran 12 inci panjang jika dikira termasuk bulu ekornya dan mempunyai berdozen warna dan corak bulu. Cockatiel sesuai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan individu dan keluarga. Saiznya menjadikannya menarik untuk didekati oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Cockatiel juga mampu hidup sehingga 20 tahun, senang untuk diuruskan dan mampu dimiliki.
Kumpulan kecil antara dua hingga 12 ekor burung biasanya berkumpul bersama dan hidup di pendalaman Australia memakan biji benih dan lain-lain tumbuhan. Habitat mereka termasuk kawasan terbuka eucalyptus savanna sehingga ke kawasan padang rumput gersang dan di keseluruhan benua Australia kecuali di kawasan pantai. Cockatiel bergantung kepada hujan untuk bekalan air. Setelah bekalan makan dan air mencukupi didapati, musim membiak cockatiel akan bermula.
Cockatiel liar aktif pada awal pagi dan lewat petang. Pada waktu ini, biasanya mereka akan menuju ke tempat punca air untuk minum, dan terbang dengan cepat meninggalkan kawasan itu untuk mengelakkan burung pemangsa. Cockatiel menghabiskan banyak masa mereka di tanah untuk mencari makanan dan berehat di sepanjang dahan-dahan mati pada pertengahan hari. Warna badan kelabu banyak membantu mereka menyamarkan diri dengan persekitaran berbanding variati lain yang lebih cerah warnanya.
Cockatiel Jantan atau Betina?
Amatlah sukar untuk mengenal pasti jantina Cockatiel muda (ketika berumur kurang 6 bulan). Setelah mengalami perubahan yang pertama ketika berumur di antara 6 – 9 bulan, ciri-ciri cockatiel dewasa akan menonjol pada cockatiel yang membolehkan pengesanan jantina dilakukan.

Perbezaan jantina Cockatiel Kelabu biasa


Ciri
Jantan
Betina
Muka Warna kuning terang Warna kelabu dengan kesan kuning pucat
Badan Warna Kelabu Gelap Warna Kelabu Gelap dengan tinta warna kelabu kecoklatan.
Ekor Warna kelabu tanpa corak di bawah ekor Warna kelabu dengan corak di bawah ekor.

Cockatiel Jantan

Cockatiel Betina
Bagi variati lain seperti albino, cinnamon, lutinos, pearl dan pied, lebih sukar untuk dibezakan jantinanya. Di bawah adalah sebagai panduan untuk membezakan jantina cockatiel bagi variati yang lain.

Ciri
Jantan
Betina

Muka Cockatiel jantan berwarna cerah dan sedikit gelap dengan tampalan warna oren berbanding betina.
Bunyi Vokal yang menarik dan suka bersiul Agak senyap
Bersiul dan memangil Berciut dan berdesis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...