Rabu, 21 November 2012

BIARKAN FOTO BERBICARA

INDUK BAJI C UNTUK DIJUAL, MATANG!!!RM 45.00 SEPASANG
AREA KOTA BHARU, BOLEH DATANG PILIH SENDIRI..SEBAB NAK JUAL, NAK KOSONGKAN SANGKAR UNTUK TERNAK COAKTIEL SEPENUHNYA..
BERMINAT HUBUNGI SAYA - 019-2368363- AZLI
























.
MASIH LAGI DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PROSES PEMBIAKAN..
JUALAN HANYA KEPADA TEMAN-TEMAN RAPAT,INSYAALLAH TAHUN HADAPAN AKAN MULA DIPASARKAN..
DOAKAN SEMUGA USAHAKU BERJAYA WAHAI SAHABAT..
Benar ! Logo Zionist Wujud Pada Laptop & Komputer Anda
Sekadar sharing.  Pada setiap komputer kita tanpa disedari ada logo zionist.  Kalau anda tidak percaya sila buka sendiri dan lihat.  Aku tak la terperanjat beruk bila nampak benda ni.  Dah kebanyakkan produk dalam dunia ni dari kepala hotak depa.  Cuma aku 'delete' je gambar seperti simbol di bawah.  Ia merupakan simbol zionist dan sembahyangnya. 
Kehilangan bumi Palestin dengan rampasan dari Israel 
Kekejaman Rejim Zionist yang tiada penghujung.
PM Mesir bersama kanak-kanak yang terkorban
Puak jahanam Israel ini memang tak akan selesai atau berhenti membunuh kanak-kanak Palestin.  Ini dah berlarutan terlalu lama.  Penderitaan Palestin ibarat tiada kesudahan.  Pelbagai usaha dan jalan dibuat untuk menghenti kemelut ini, akan tetapi tiada jalan penyelesaian ditemui.  Bagi aku dah memang termaktub di dalam jiwa dan roh yahudi ini untuk menghapuskan Palestin dan memecahkan Islam untuk terus menakluki dunia tidak kira dari sudut kuasa ekonomi mahupun politik.
Tidak hairan kenapa rejim zionis tergamak membunuh kanak-kanak.  Kerana sememangnya mereka mahu menghapuskan generasi Palestin.  Sebagai bukti kita boleh lihat dari foto di atas yang menunjukkan peta kehilangan bumi Palestin.  Antara penyumbang keruntuhan Palestin juga berpunca dari talibarut yang memberi pelbagai maklumat rahsia dan dalaman Palestin dan Hamas kepada Israel.  Dan talibarut ini dari puak Palestin sendiri.
Amaran oleh Mesir dan juga Iran terhadap Israel.  Adakah benar-benar amaran yang menggoyangkan Israel atau acah-acah saja?  Adakah Israel mempedulikan amaran dan kutukan di seluruh dunia ini?  
Hanya Allah sahaja yang tahu rahsiaNYA.  Dan hanya kepada Allah kami semua meminta pertolongan.  Tolonglah mereka ini ya Allah

Dipetik dari blog benarkah?zelmey

Selasa, 6 November 2012

KELEBIHAN KALIMAH BISMILLAH


Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.
Sebenarnya terdapat banyak kelebihan-kelebihan yang terdapat pada ungkapan bismillah ini dan mungkin ramai umat Islam mengetahuinya dan mungkin ada juga yang tidak mengetahuinya. Oleh itu, seluruh umat Islam perlulah ungkapkan ungkapan bismillah dalam apa jua yang dilakukan.

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan
Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :
“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”
Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”
 Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-
  •     Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.
  •     Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana
  • Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.
  •     Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut.
  •     Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.
  •     Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh
  •     Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta
  •     Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
  •     Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya
  •     Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
  •     Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana
  •     Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
  •     Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya.
  •     Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan
  •     Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
  • Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
  •     Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya,  hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.
Banyak sungguh kelebihan ungkapan bismillah ni dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Rugilah kita, jika kita tiadak amalkannya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...